Versi 14
PROMOSI HEBAT BULAN INI – Set hadiah PKP, 7 buku dan kotak hadiah yang bernilai RM87 kini pada harga promosi RM50 sahaja. Beratus kotak hadiah ini sudah sampai ke tangan anak-anak sempena PKP ini. Jimat RM37. Memang berbaloi.
Belum kenal BLINK? BLINK adalah syarikat penerbit buku NO 1 Malaysia untuk kategori buku remaja. Ain Maisarah adalah penulis kami, iaitu penulis No 1 Malaysia untuk buku remaja.
Pening kepala memilih buku? Pilihlah dari 8 SET yang kami sediakan. Setiap SET pada harga promosi RM50 ya. Silakan.. Jika mahu lebih pilhan, scroll ke bawah.
Novel-novel ini sesuai untuk anak umur 8 hingga 12 tahun. Kisah bagaimana pelajar mencari jalan penyelesaian dengan cara kreatif bagi mencapai kejayaan di alam persekolahan. Ada yang kelakar, ada ilmu dan tips. Ramai yang mengulang baca novel ini berulang kali. Memang bergembiralah anak apabila dapat hadiah 7 buku ini.
Zaman ini pengaruh KOREA sangat kuat terhadap anak-anak kita. Kita raikan mereka, tetapi anak-anak mesti faham baik buruknya. Ini ada 7 buah buku berkaitan KOREA. Ada kisah persahabatan yang berlaku di negara KOREA. Ada kisah pertembungan budaya pelajar Korea dan Malaysia. Banyak tauladan dari buku ini terutama tentang bahaya fanatik KPOP. Hadiahkan buku-buku ini, pasti anak-anak akan suka.
Belum ada lagi novel sejarah Islam yang ditulis dengan laras bahasa untuk remaja. Inilah bukunya yang akan diminati oleh anak-anak. Sambil baca, dapat ilmu baru. Dapat merasai pengalaman watak yang melalui zaman Dajal dan Yakjuj Makjuj. Terbukti anak akan sukakan kesemua 7 judul dalam set ini.
Dugaan remaja zaman sekarang tidak sama dengan zaman ibubapa. Apabila anak remaja sudah masuk sekolah menengah lebih banyak terdedah dengan pengaruh rakan dan media sosial. Bagus jika mereka membaca buku-buku ini. Buat pengajaran dan pedoman hidup. Kami sangat sarankan beli SET buku ini.
Belajar dari kesilapan memang membawa kesan, tetapi tidak semua kesilapan boleh dibuat. Ada kesilapan yang dibuat walau sekali sahaja menyebabkan hidup anak-anak terus derita seumur hidup. Jadi kita berikan mereka belajar dari kesilapan orang lain. Ini kami kumpulkan kisah benar penyesalan anak remaja yang salah membuat keputusan. Semoga anak-anak faham setiap tindakan ada balasannya.
Kulit buku nampak seram tetapi kisahnya sangat menarik. Ini kisah fiksyen pelajar yang bertukar menjadi tragedi. Berikan peluang anak-anak membaca buku ini. Kemudian tanya kembali mereka, apa yang best novel-novel ini. Tentu tidak sangka apa yang mereka akan ceritakan semula. Ramai pembaca novel ini memberikan 4 ke 5 BINTANG untuk novel-novel ini.
Banyaknya komik pelik di luar sana guna bahasa pasar, jalan cerita tak elok dengan lukisan seksi. Ibubapa jangan risau, kami sangat menjaga komik terbitan kami. Ia menggunakan bahasa Malaysia penuh, tiada dialog kasar, terjaga tatabahasa dan dijaga jalan ceritanya supaya patuh syariah. Komik kelakar yang kami selitkan ilmu manfaat dan pengajaran di sebalik kisah. Wajib beli untuk anak lelaki 7 hingga 12 tahun.
Anak lelaki asyik suka komik sahaja? Biasalah, anak lelaki memang begitu. Ini kami cadangkan buku NOMIK. Mereka akan suka membaca bahagian komik, kemudian dengan sukarela membaca bahagian novel pula. Begitulah cara kita galakkan mereka membaca. Lagipun 7 NOMIK pilihan kami ini memang menarik dan disukai oleh mereka. Psst…kami selitkan satu NOMIK untuk mereka lebih sayangkan ibu mereka.
Berapa harga? Berapa mukasurat? Tebal atau nipis? Besar atau kecil? Buku kami telah dicetak dengan saiz dan harga yang standard.
PELUANG MENANGI HADIAH SETIAP MINGGU. Ada hadiah emas, telefon, buku, dan pelbagai hadiah setiap minggu untuk pelanggan yang pernah membeli dari kami. Semua pengumuman hadiah dibuat dalam channel TELEGRAM
Pilihlah! Pilihlah! Ada lebih 100 judul dalam katalog ini. Hanya perlu tulis kod buku yang disukai dan berikan kepada ejen jualan untuk proses tempahan.
Siapa ada tabiat buruk belajar saat akhir? Kelam-kabut hafal nota? Jom berkenalan dengan Sari Yani yang tidak pandai mengatur masa. Hadam tip-tip membuat jadual secara sistematik. Pasti terhibur dengan novel yang sarat panduan belajar!
Sarah sering tertidur di dalam kelas. Mampukah dilawan rasa mengantuk ketika belajar? Buku bertemakan persahabatan ini berkongsi tip fokus ketika belajar. Biar apa yang disampaikan guru masuk melekat bagai gam UHU dalam minda.
Sukar fokus? Tidak faham dan mudah bosan? Ingin meningkatkan prestasi akademik? Apakah boleh mencapai kejayaan? Baca novel ini untuk mempelajari strategi belajar secara berkumpulan, ia cara yang amat berkesan!
Sakura tanpa rela didaftarkan ke sekolah berasrama. Dirinya terperangkap dengan suasana baru, warden garang dan kakak senior psiko. Namun ia mengajarnya erti berdikari, asas hidup yang amat penting pada masa kini.
Sudah bersedia untuk menghadapi UPSR? Tidak tahu bagaimana untuk merancang? Nah! Novel yang sangat lucu tetapi terselit panduan buat bakal calon UPSR. Berbaloi membacanya…. dalam kelakar berdekah-dekah, terselit 1001 tip belajar berguna.
Apa? UPSR kurang dari sebulan tapi belum bersedia? Jangan bimbang. Baca kisah Daniel yang membuat pecutan terakhir. Bangkit dari kegagalan, semangatnya terbit apabila teringatkan pengorbanan serta pengharapan ibu tersayang.
Abu Bakar, sahabat dan mentua nabi yang sentiasa bersama-sama ketika Islam baru bermula. Tatkala Hijrah, beliau sanggup menahan sakit dipatuk ular demi memastikan tidur Rasulullah S.A.W tidak terjaga.
Umar ketika zaman jahil menawarkan diri untuk membunuh Muhammad. Tetapi setelah memeluk Islam, beliau menjadi benteng utama mempertahankan nabi dan sanggup menggadai nyawa pada setiap kali Islam dicerca musuh kafirin.
Uthman, dijanjikan syurga namun diuji 1001 fitnah dahsyat dunia. Dia menjadi khalifah ketiga yang terlalu pemurah memberi kepada rakyat. Namun tetap dibunuh kerana kerakusan rampasan kuasa manusia-manusia jahat!
Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam mengikut Rasulullah. Diangkat sebagai khalifah ke-empat… zamannya bergolak dengan peperangan. Matinya syahid lagi menyedihkan.
Ini diari pesakit yang akan mati dalam 40 hari. Beliau membeli kain kapan, menempah liang lahad sendiri. Menyelesaikan semua keperluan bagi memastikan matinya diredai. Sarat hadis sahih dan ayat Al-Quran tentang syurga yang didamba semua insan.
Diari pendosa, penyesalan sudah terlewat baginya. Digambarkan betapa seksanya azab neraka, menurut hadis sahih dan Al-Quran. Apakah minuman dan makanan ahli neraka? Bagaimana suasananya? Kisah ini pasti menggetarkan dada.
Sekolah hadiahkan tiket penerbangan ke Korea? Seronoknya! Tetapi terpaksa pergi bersama dengan si musuh tradisi? Alahai… seksanya! Ketahui kisah travelog paling mencuit hati, sarat informasi dunia KPOP yang berwarna-warni.
Mahukan percutian ke Korea sebagai hadiah hari jadi? Bagaimana kalau ia bertukar menjadi pengalaman ngeri? Kisah yang kelakar dan mendebarkan. Pembaca juga dapat mempelajari tip-tip survival di luar negara jika ditimpa tragedi.
Dua sahabat dapat ke Korea kerana cemerlang dalam SPM. Memang seronok pergi ke luar negara bersama kawan sejati. Namun bagaimana kalau ia hanya satu muslihat? Baca buku ini, pasti mahu jadi #bestfriendstilljannah.
Mahukan kisah kucing paling comel seluruh dunia? Malah ada tip menjaga si manja dengan mudah. Novel ini mempunyai 5 kisah kucing-kucing paling comel yang mencuit hati. Baca buku ini sambil membelai kucing kesayangan ya!
Apakah yang terjadi jika kucing menjadi pewaris harta jutaan ringgit? Apabila kucing lebih kaya daripada manusia… siapa pula yang menjadi tuan? Kisah mencuit hati ini sarat pengajaran tentang keikhlasan manusia menjaga haiwan amanah Tuhan.
Kucing hitam bawa bala? Kucing hitam ada hantu ikut bersama? Hindari kepercayaan ini dengan membaca 5 kisah yang penuh misteri tetapi terselit pengajaran. Sesungguhnya kucing adalah makhluk Tuhan, jangan percaya tahyul yang bukan-bukan!
Siapa lebih hebat? Pengaruh muzik KPOP atau semangat muzik Rock? Pelajar Sri Bangsar berpecah antara dua citarasa berbeza. Mampukah muzik menyatukan? Atau terus memecah belahkan? Ketahui jawapannya menerusi buku ini!
Sukakan kecantikan dan kesihatan? Rawatan moden atau petua tradisional menjadi pilihan? Ikutlah bajet dan kemampuan. Kedua-duanya ada kelebihan. Haa… selepas membaca novel ini, bolehlah amalkan tip-tip yang dikongsikan!
Sudah jumpa yang disukai? Ajaklah anak ikut sama memilih buku ini. Mesti dia suka dan teruja. Anak-anak akan menghargainya.
Inilah kisah hidup di asrama. Dua pelajar baru… memiliki percanggahan personaliti yang mencetuskan pergaduhan. Sampai baling air kotor pada ampaian! Akhirnya lawan atau berdamai? Wajib baca kisah ini supaya tidak bergaduh dengan kawan sendiri.
Perempuan suka baca novel dan memandang negatif pada komik. Lelaki minat komik dan memperkecilkan novel. Komik atau novel? Atau minat keduanya? Itu bukanlah masalah! Buku ini sesuai untuk pelajar yang memang minat membaca.
Kekuatan bukannya pada tumbukan. Kekuatan sebenar adalah membantu kawan yang berperangai macam syaitan menjadi lelaki yang cemerlang dalam peperiksaan. Ketahui tip belajar si bijaksana dalam mengubah pemikiran si samseng mereng.
Samseng pun mampu ikuti tip belajar yang pasti menjadi. Apa rahsianya? Kisah si nakal berubah menjadi makin genius dan lebih baik! Buku ini memberi harapan, bahawa semua orang boleh berjaya dalam pelajaran jika ada usaha keras!
Melekat dengan buku hingga tidak bertegur sapa sesama keluarga? Membaca sehingga kerja sekolah pun terlupa? Aduh, bagaimana mahu menjadi pencinta buku yang bijaksana dan seimbang? OMG Gila Buku ada jawapannya!
Bukan sekadar A biasa, tetapi mesti A+ sahaja! Gred lain tiada tandingan. Malah sungguh memalukan! Inginkan tips mendapatkan A+ dalam semua subjek peperiksaan? Inilah bukunya. Dapatkan segera!
Meow! Comel dan gebunya kucing itu! Eh, jangan terburu-buru bawa pulang si bulu itu! Pencinta kucing mestilah berilmu. Baca kisah ini untuk menimba kemahiran menjaga si haiwan manja. Menjaga kucing pun ada seninya.
Potongan harga? Tawaran istimewa? Itu semua mampu menjentik nafsu berbelanja. Tetapi, jika sudah papa kedana, bagaimana mahu bergaya? Ayuh belajar cara mengawal perbelanjaan dan mengatur kewangan menerusi OMG Gila Shopping!
Kisah di pentas bijak bicara. Novel ini sarat tip komunikasi, membantu agar lebih yakin diri. Turut menceritakan perjuangan seorang anak yatim yang mahu mengubah nasib.
Seorang pendebat hebat dan petah berbicara. Seorang pemikir genius tetapi berat mulut dan tiada keyakinan bercakap. Bertembung di dalam pertandingan debat… buku ini mengajar pembaca tip-tip supaya berkeyakinan dalam berbicara.
Ini kisah-kisah teladan dan pengajaran si bapa kepada anaknya. Diselitkan dengan nasihat-nasihat Luqman Al Hakim, setiap cerita digarap untuk anak-anak menjadi soleh solehah, menjadi pelindung api neraka buat ibu dan ayah!
Jikalau Dajal muncul, adakah kita sudah bersedia? Apakah tanda-tandanya menurut hadis sahih dan ayat Al-Quran? Ikuti novel keagamaan penuh debaran… tentang apa yang akan berlaku pada akhir zaman. Serius menginsafkan!
Inilah kisah manusia pemakan manusia, bersandarkan hadis dan ayat al-Quran. Ketahui info mengejutkan tentang misteri Yakjuj Makjuj. Boleh beranak seramai 1,000 anak, terperangkap antara dua gunung.. menanti akhir zaman!
Pelajar madrasah, pindah ke bandar yang serba moden. Terasa diri terpalit dosa, Bahiyah nekad membetulkan segalanya. Nasihat dihulur tanpa tapisan, sindirannya menyentap perasaan. Ikuti kisah remaja yang cuba berdakwah pada kawan-kawan urban bandar!
Kehidupan si Ustazah Sentap semakin seronok, mendapat sokongan untuk meneruskan agenda dakwahnya. Namun Islam itu indah… sikapnya yang menegur tidak berhikmah akhirnya memakan diri sendiri. Siri agama sarat hukum-hakam, tetapi amat seronok dibaca.
Ustazah Sentap jatuh cinta (monyet)! Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia mahu rasa disayangi! Ya, dia kini mahu mencari bakal imam. Wujudkah istilah couple Islamik? Mampukah Bahiyah bercinta hingga ke syurga? Atau itu hanya nafsu semata?
Strategi demi strategi, dua remaja skema mahu diminati seantero sekolah. Namun mereka akhirnya sedar, populariti bukanlah kekal selamanya. Adab sopan dan kepandaian akademiklah yang akan diingati sampai bila-bila.
Apa terjadi sekiranya boleh melihat alam ghaib? Ketahui akibat menurut nafsu dan membelakangkan Tuhan. Buku ini membawa pengajaran berguna – tiada hantu di dunia. Hanya jin dan syaitanlah penyesat manusia.
Kimchi dari Korea. Sambal belacan dari Malaysia. Mana yang lebih sedap? Sampai bergaduh besar dua remaja mempertahankan makanan ikonik dua negara. Sampai merendahkan satu sama lain. Padahal… apa jenis makanan pun jangan dihina dan mesti dimuliakan!
Buku BLINK ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Kamus Dewan. Jadi ramai ibubapa terkejut anaknya dapat menulis karangan dengan baik setelah membaca buku BLINK.
Jika anak asyik di hadapan komputer, pantaulah. Jika ada rakan Internet, ambil tahulah. Zaman teknologi tanpa sempadan… orang jahat pun berleluasa tanpa amaran! Ini kisah mengingatkan, teknologi itu baik tetapi perlu kawalan.
Prejudis masyarakat, budak sorak itu tergedik-gedik. Budak kawad itu hebat dan berdisiplin. Padahal keduanya adalah aktiviti riadah bermanfaat. Ini kisah pertembungan dua prejudis yang membawa kepada konflik persahabatan remaja.
5 kisah meruntun hati. Ibu pengangkut sampah, dipandang hina anak sendiri. Ibu bisu, dibenci kerana tidak mampu berkomunikasi. Membawa peringatan – bahawa Tuhan meletak status ibu pada taraf tertinggi iaitu tiket ke syurgawi.
Remaja kini – viral dikejar, maruah tercalar. Teringin dikenali, dosa pahala tidak dipeduli. Novel ini padat menggariskan batas-batas penggunaan media sosial. Moga jadi peringatan!
Novel tema kerjaya, memfokus kepada watak Cikgu Murni. Mendekati pelajar bermasalah bukanlah mudah. Guru ini bukan mengajar akademik semata, dia berjuang meningkatkan nilai murni dalam diri anak-anak muridnya.
Anak cemerlang mesti pilih kareer doktor. Jurusan lain dipandang rendah, diperlekeh kononnya mudah. Itulah cabaran remaja yang bercita-cita menggantikan Gabenor Bank Negara. Malah terpalit skandal hilang RM1juta! Ini novel kerjaya berinformasi, penuh inspirasi.
Anak-anak soleh adalah tiket ke syurga buat ibu bapa. Jika tersalah didik, maka binasalah aset… jadi liabiliti pula. Inilah 5 kisah berbeza. Anak jadi derhaka… mungkin ada silap orang tua. Pada akhirnya… cara hidup Islam mesti dipupuk sejak dari awal usia.
Jaga 100 ekor lembu, lebih senang dari menjaga SEORANG anak perempuan! Begitulah perumpamaan mengatakan. Namun Al-Quran ada penyelesaian. Inilah 5 kisah tentang hubungan anak dan ibu bapa yang boleh dijadikan teladan.
Ini bukanlah kisah seram semata-mata… tetapi ia lebih memfokus kepada masalah remaja yang sangat meruncing masa kini iaitu isu pembulian. Berlaku kepada pengawas sekolah bernama Airil Zafril, pasti novel ini membawa pelbagai rasa… seram, sayu dan insaf.
Menukil kisah kemahuan remaja. Teringin bergaya walhal bukan berkemampuan. Menyorot peribadi Linda, anak penjual nasi lemak yang menyembunyikan identitinya. Ada adegan lucu, sedih dan pahit.. terlalu banyak pengajaran di dalamnya.
Kisah banglo lama yang direbut dua pihak. Satu menggunakan cara undang-undang. Satu menjadikan banglo itu berhantu dan seram. Akhirnya siapa yang menang? Kisah kelakar remaja yang ditambah nilai dengan ilmu-ilmu dekorasi. Mesti dimiliki!
Dua anak yatim, tidak mahu dipisahkan. Si kakak menyembunyikan adiknya di kelas setiap kali ke sekolah. Ini novel pengorbanan yang menyedihkan!
Kumpulan sorak duduk serumah dengan geng tudung labuh? Tentu bergaduh! Namun keduanya mesti berdamai jika mahu melawan entiti yang lebih hebat iaitu HANTU! Ini kisah komedi sahabat buat teladan.
Apa jadi jika robot yang dicipta untuk pertandingan, rosak tiba-tiba? Bolehkah diganti dengan maskot robot? Adakah penipuan licik akan terbongkar? Ini kisah kelakar bercampur debar yang mesti dibaca. Tentu ketawa berdekah-dekah!
Tiga remaja mahu menulis novel. Diselitkan tip penulisan dan cara mencipta plot. Laluan menjadi novelis juga sukar… bakat dipertikai, manuskrip dicetak rompak. Mampukah mereka mencapai impian?
Dalam banyak-banyak hantu seperti pontianak, toyol, jerangkung dan pocong… hantu mana paling popular? Ini kisah komedi seram yang menceritakan sisi realiti kehidupan hantu di malam hari. Hantu pun bersekolah… jangan tidak tahu. Sarat lawak jenaka!
Hantu pun mahu ke luar negara. Asyik-asyik duduk Malaysia, bosan juga. Ikutilah kisah sekumpulan geng hantu Malaysia yang melancong ke New York. Jika pontianak berjumpa drakula… siapa lebih menyeramkan? Bacalah… baru tahu jawapan.
Kisah hantu-hantu yang mengalami masalah obesiti. Toyol sudah boroi perutnya. Pontianak terlebih berat sehingga tidak boleh terbang. Hanya jerangkung kekal bertulang. Maka bermulalah projek diet hantu-hantu semua. Mampukah mereka kurus seperti sedia kala?
Buku BLINK ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Kamus Dewan. Jadi ramai ibubapa terkejut anaknya dapat menulis karangan dengan baik setelah membaca buku BLINK.
Cari keberanian – itulah maksud CK. Keberanian amat penting ketika usia remaja. Keberanian ketika berkawan, keberanian ke hadapan. Mesti dipupuk jika mahu berjaya.
Selfie gaya terkini. Semakin unik posisi, semakin digemari. Semakin bahaya, semakin dipandang tinggi. Namun berbaloikah tergadai keselamatan diri… demi undian netizen?
Gadis pemilik tali pinggang hitam taekwondo. Anak VVIP kaya gedik. Bila bertemu… meletop! Wajib baca… pengajarannya berguna. Turut mengenengahkan isu ragut dan buli yang menjadi permasalahan remaja kini.
Kisah dongeng pening, ceritera rakyat lama bercampur dunia realiti terkini. Inilah pilihan lebih baik, ada puteri yang menutup aurat… kisahnya lucu bercampur pengajaran berharga.
Super 3G kembali… dibantu Gadis Bintang, gagah laksana Badang. Musuh, si pengemis gedik yang mempunyai senjata minyak wangi bahaya. Inilah kisah lawak, ditulis dalam bahasa melayu penuh yang terjaga.
Buku BLINK ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Kamus Dewan. Jadi ramai ibubapa terkejut anaknya dapat menulis karangan dengan baik setelah membaca buku BLINK.
Nasyid bersifat keagamaan. Koir lebih glamor. Apa jadi jika ketua nyanyian hilang suara, lalu nasyid dan koir perlu bergabung tiba-tiba? Ya… tentulah perang besar jadinya! Ini kisah persahabatan remaja, berbaloi dibaca!
Novel yang wajib dimiliki. Kisah rombongan sekolah yang diculik dan diancam dengan bom! Tiada yang dapat menyelamatkan… melainkan kerjasama yang utuh sesama rakan. Sarat nilai tanggungjawab dan pengorbanan.
Budaya KPOP disanjung, budaya Kelantan dilupakan langsung. Dua remaja bermusuhan. Kecam, ejek dan benci… cuba menang dengan apa jua cara. Sehingga lupa, budaya apa pun kita… adab sopan itu lebih utama.
Bawal atau selendang? Mana lebih menawan? Oh… gaya bertudung pun didebatkan? Pertembungan 2 individu, memperlihatkan sejauh mana nilai kematangan. Pelajari cara kawal diri bila dalam masalah.
Alien datang ke bumi, bukan kerana mahu mencuri koko Tok Abah… tetapi kerana sukakan karipap! Ini betul-betul novel yang kelakar, ia bacaan ringan… namun tetap menjaga bahasa, pasti menambah ilmu kosa kata.
Tinggal di asrama… sudah menakutkan. Boleh bayangkan jika perlu tinggal di asrama sendirian? Tambah bahaya apabila asrama itu diserang dan mesti dipertahankan. Mendebarkan dada, novel ini memang thriller!
Adakah anda berani? Jika ya, cabar diri baca novel misteri ini! Kisah Siti Anum yang obses dengan hantu. Keinginannya mahu bertembung sendiri dengan makhluk halus itu. Novel yang unik gaya penceritaan!
Ritah Ridaini, si murai tercabut ekor. Tidak gosip sehari… badan seram sejuk. Tambah sensasi bila si penggosip bertemu diari misteri. Beringatlah semua… jika tahu kisah sensasi, diamkan… jangan viralkan ya?
Buku BLINK ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Kamus Dewan. Jadi ramai ibubapa terkejut anaknya dapat menulis karangan dengan baik setelah membaca buku BLINK.
Siapa berhutang siaplah, pasti diganggu hantu! Paling utama… novel ini mengingatkan pembaca supaya menjaga amanah. Duit manusia, walau sesen pun wajib dipulangkan sebelum nyawa berpisah dari badan.
Berkenalan di alam siber memang mengujakan. Siapa sangka… kenalan itu bukan manusia, tetapi hantu syaitan. Novel ini sarat tip, guna komputer dengan berhemah… bukan keterlaluan sehingga hilang waras.
Amira teruk dibuli, terjerat dengan bisikan syaitan memintanya memuja tandas berhantu. Satu sekolah terpalit, diserang histeria bertalu-talu! Ingatlah… mana mungkin meminta selain kepada Tuhan, itu pengajaran!
Seorang anak VIP menerima wasiat. Mesti lulus PERFECT A jika mahu mewarisi harta berjuta. Lulus dalam akademik, akhlak, aurat dan amal jariah. Buku yang menyedarkan remaja.. dunia itu penting, akhirat jangan dilupakan.
Pertembungan dua wakil pelajar, seorang liberal dan berkaliber. Seorang bersikap Islamik dan lebih mementingkan dosa pahala. Jika perlu undi, mana satu calon PERFECT A? Kisah sarat pengajaran berunsur keislaman.
Ada anak 4 tahun hingga 7 tahun? Ini buku yang sesuai buat mereka. Buku ini sangat laris, lukisannya comel. Terbukti disukai kanak-kanak.
Novel Umum adalah buku berbentuk motivasi bukan fiksyen. Maknanya tiada plot-plot cerita tetapi penuh tip dan ilmu bagai mencapai impian dan kejayaan.
Ini sebuah buku umum. Sesuai buat mereka yang mencari hala tuju. Apakah impian dan usaha itu selari? Apakah ada impian yang mustahil? Bagaimana cara mencapainya? Usah bermimpi di siang hari, baca buku ini biar jelas perancangan diri!
Sukar capai kejayaan? Ada sahaja halangan? Buku ini memberitahu halangan yang mesti dihindari jika mahu menuju puncak. Internet – rakan – masa – antara kriteria yang mesti dititikberatkan. Jom lihat… mengapa kejayaan tertangguh sebenarnya!
Komik-komik kami tidak mempunyai bahasa pasar, bahasa kasar dan tiada perkataan kontot. Ceritanya tetap menarik, tetapi penuh pengajaran.
Kehidupan remaja lelaki yang aktif selalunya memang minat bersukan. Berbasikal lajak itu boleh… apa yang membimbangkan adalah apabila berani-berani berlumba haram. Penuh lawak, namun amat sarat pengajaran.
Mengisahkan kehidupan sekumpulan superhero yang penuh keceriaan dan lawak jenaka. Lebih luarbiasa lagi, superhero ini bukan manusia biasa… tetapi merupakan kentang-kentang comel yang perkasa lagi adiwira.
Bila superhero dan kentang disatukan, maka terciptalah kisah lawak yang lain macam. Bersedialah, pasti ketawa terbahak-bahak. Bukan Batman tetapi BatKentang. Bukan Superman tetapi Superkentang. Menarik bukan?
Komik yang penuh kisah robot dan zombi. Dari kisah tentang robot tempur gagah perkasa hinggalah meliputi cerita robot zombi yang hodoh dan kelakar. Ia bagaikan rojak yang sedap dimakan. Kombinasi tema robot dan zombi ini pasti disukai anak-anak.
Ikuti gelagat sekawan kucing berbagai ragam. Ada yang berlagak bagai diva dan ada juga yang kuat makan sampai badan bulat macam labu. Sebuah komik yang pasti mencuit hati. Membuatkan pembaca pasti lebih sayang kucing ciptaan Ilahi.
Lawak Robot Siber adalah tentang sebuah kisah persahabatan yang tidak sempurna. Antara manusia pencipta dengan robot hodoh ciptaannya. Keduanya sentiasa ada untuk melengkapi kekurangan satu sama lain.
Robot alien jahat datang menyerang! Harapan Planet Xebila kini terletak di tangan robot penakut bernama Axel dan rakan misterinya Xebilex. Komik penuh aksi… sesuai buat peminat dan pengumpul robot Gundam. Pasti menarik minat anak lelaki.
Planet Woodeus yang hijau semakin hampir dengan kemusnahan. Siapakah yang mampu menjadi penyelamat dengan membangkitkan Kuasa Rimba? Ini kisah penuh aksi, khas buat anak-anak lelaki yang minat robot sebagai hobi.
Menang disanjung, kalah menjadi hamba yang tersiksa! Begitulah kejamnya perlumbaan galaksi di Raceland Paradise. Pertempuran robot ini puncak segalanya. Dapatkan segera bagi menambah minat anak lelaki membaca.
Komik adiwira remaja. Ditulis dengan bahasa melayu standard. Pasti menambah perbendaharaan kata. Anak-anak didedahkan dengan perkataan baru seperti atlantis iaitu lautan. Kisahnya amat menarik, mendebarkan!
Bukan Boboiboy tetapi Wiraboy! Bukan bola kuasa, tetapi kuasa kristal. Pengembaraan dunia adiwira remaja, penuh aksi dan sesuai buat bacaan remaja lelaki. Komik dengan pengajaran, bahawa setiap kuasa datang dengan tanggungjawab besar.
Teddybear masa depan… datang membetulkan generasi kini yang sudah hilang adab sopan. Tidak basuh tangan ketika mahu makan? Ketahuilah… masa depan akan hancur diserang virus. Pelbagai lagi pengajaran adab-adab khas buat remaja
Sebut perkataan PEPERIKSAAN, semua pelajar pasti kecut perut dan kecut buah pinggang. Berpeluh satu badan. Berdebar jangan cakaplah! Komik ini mengumpulkan lawak-lawak berkaitan peperiksaan. Diselitkan tips belajar bagi menambah ilmu dalam dada juga.
Inilah siri komik paling laris kami, kini kembali dengan edisi terkini. Paling berbaloi jika suka humor dan aksi. Tetapi tetap bahasanya terjaga rapi.
Jika mencari komik seiring info akademik, inilah pilihan terbaik. Membantu remaja menambah ilmu tentang tatacara belajar berkumpulan. Santai humornya.
Taekwondo, judo, silat dan pelbagai aksi bela diri. Diperkenalkan dengan cara paling santai dalam komik ini. Bacalah, ketawalah, dan dapatkan ilmu bermanfaat.
Komik memfokus tentang pelbagai aktiviti menyihatkan, terselit trivia tentang bagaimana sesuatu sukan itu bermula. Kekal kelakar, jangan risau.
Kami gabungkan KOMIK dan NOVEL supaya anak yang suka komik boleh suka novel, anak yang suka novel boleh suka komik. Keduanya ada kebaikan yang hebat.
Dua sahabat mengetepikan perselisihan pendapat untuk memenangi pertandingan reka cipta robot! Bacalah komik kelakar tetapi sarat mesej persahabatan. Pasti dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa.
Sering dibuli? Ikuti kisah dua sahabat yang bekerjasama menentang pembuli dengan kepintaran mereka! Mengangkat tema bola, komik ini amat sesuai buat mencetuskan minat membaca di kalangan kaki sukan.
NOMIK (novel + komik) pertama yang berjaya menambat hati pembaca perempuan dengan kisah indah dan lucu bersama ibunda tercinta. Oh… banyak plot menyentuh hati. Jadi jangan lupa sediakan kotak tisu di sebelah ya!
Sejak kecil, Izzi dibuli kerana penakut. Namun pertemuan dengan robot kecil bernama Lote kini mengubah segalanya. Penakut hantu kini bergelar pemburu Rohbot! Ya, bukan roh. Bukan robot. Tetapi gabungan keduanya iaitu ROHBOT!
Gangguan melanda! Ada makhluk putih melompat-lompat dengan wajah yang gerun. Adakah itu pocong ataupun Pochobot? Kisah dendam robot terhadap sifat vandalisme manusia semakin berleluasa! Ilustrasi menarik, kisahnya terbaik!
Dua sahabat penangkap rohbot (roh + robot) bermasam muka. Misi habis tergendala. Kemusnahan berleluasa. Mampukah bekerjasama? Ini kisah persahabatan, pengajarannya… buang ego jauh-jauh wahai remaja sekalian!
Sebuah robot dibina bagi memudahkan tugasan sekolah. Namun apabila siap, robot itu mendatangkan 1001 masalah ketika cuba mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah. Budaya robot bertembung dengan manusia. Mesti baca!
Sebuah pertandingan ala-ala Running Man dibuat di Malaysia… habis kecoh semua remaja mahu menyertainya. Siapakah yang kental melepasi setiap halangan? Siapakah peserta STAR yang paling bersinar?
Ada remaja cepat matang, ada yang lambat. Ada yang 10 tahun dah matang, ada yang matang umur 12 tahun. Novel remaja dewasa untuk remaja matang. Sesuai dari umur 11 tahun ke 17 tahun.
Pembunuh Berumur 12 Tahun
Qodri si pesalah Juvana yang dituduh membunuh! Buku ini menceritakan kisah penyesalan seumur hidup seorang remaja. Apakah nasib si pembunuh pintar ini?
Pengedar Dadah Berumur 13 Tahun
Nadrah berusia 13 tahun, dipotong tangan dan dipaksa mengemis. Inilah kisah cinta si ibu yang kehilangan anak bongsunya. Siapakah dalang penculikan sebenar?
Angkara Penagih Berumur 12 Tahun
Novel yang mengalirkan air mata. Kisah benar Tahfiz terbakar meragut lebih 20 nyawa. Terbunuh rentung, akibat tindakan khianat budak samseng. Hayati novel penuh babak air mata ini…
Pencinta Psiko Berumur 16 Tahun
Seorang ‘Instafamous’… akibat terlalu angkuh di media sosial, Si Cantik dijumpai mati tragis! Kisah ini sarat pengajaran tentang batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Pelumba Haram Berumur 15 Tahun
Kisah benar Geng Basikal Lajak yang maut telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Novel ini memberi kesedaran tentang isu betapa pentingnya pengaruh rakan sebaya.
Inilah novel yang ditulis dalam bentuk diari. Kisah sesalan di belakang jeriji besi. Akibat menurut dendam, si gadis manis telah membuat dosa yang besar sekali. Demi memuaskan hati… dia akhirnya turut menjerat sahabat-sahabat sejati.
Bacalah kisah diari kehidupan seorang anak derhaka yang mengejar duit tanpa restu ibu bapa. Akhirnya terseksa di neraka dunia, ditahan terpenjara di negara asing. Menekankan betapa restu ibu itu penting dalam setiap aspek kehidupan.
Percutian Muiz, Safwan dan Ayu ke bandar New York bertukar tragedi apabila menemui objek yang disyaki ditinggalkan oleh pengganas. Novel berbentuk travelog ini sarat dengan info-info geografi tentang bumi Amerika.
Menempuh malam yang menakutkan di Washington setelah tersalah pilih hotel yang berpenunggu… di Amerika pun ada hantu? Ini kisah travelog penuh informasi lokasi-lokasi tempat percutian menarik di Amerika.
Tiga orang pelajar, mengenakan mangsa sempena April Fool. Nasib tidak baik, sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka pula. Segala penyesalan tidak berguna kerana hukuman menanti di hujung cerita. Ingat, bergurau ada batasannya!
Setiap kali dibuli… sisik ular mula tumbuh sebagai balasan dendam. Kisah keluarga yang membuat perjanjian dengan syaitan… akibatnya anak remaja menjadi mangsa. Penuh tauladan dan patuh syariah, diselit doa perubatan Islam juga.
Kisah benar lima patung berpuaka yang popular di seluruh dunia. Sarat pengajaran berlandaskan ajaran Islam… adakah boleh menyimpan patung di rumah? Baca kisah ini dan dapatkan hukum agama yang disisipkan oleh Pencetus Ummah Dr. Taha.
Awas! Ini bukan sekadar permainan tetapi mampu merosak akidah. Malah membawa musibah! Inilah lima kisah permainan dari tipu daya syaitan untuk menyesatkan keturunan Adam hingga akhir zaman. Remaja pasti menjauhi permainan ini selesai membacanya!
Fenomena KPOP melanda! Memang digemari segenap lapisan usia. KPOP itu tidak salah. Tetapi terlalu memuja, itulah yang parah. Kisah-kisah fanatik remaja ini buat pengajaran, diambil dari kejadian sebenar peminat-peminat fanatik KPOP seluruh dunia!
Bercinta sakan hingga derhaka kepada emak, ayah malahan Tuhan. Inspirasi lima kisah benar, menyesal bercinta lupa dunia hingga sanggup berkahwin pada usia muda! Akhirnya diri merana apabila akal fikiran dikuasai cinta.
Cinta dikurniakan Tuhan buat semua manusia. Malangnya remaja terlalu menurut rasa cinta. Percaya abang angkat hingga ikut ke rumah? Jatuh hati dengan lelaki yang dikenali di Internet? Bacalah kisah tipu daya cinta supaya tidak terpedaya!
Don’t judge a book by its cover. Kulit buku dan judul buku untuk menarik perhatian anak-anak. Isi dalamnya kami jaga sesuai untuk bacaan anak puan.
Pilihan diberi: Cemerlang peperiksaan dapat A atau mati? Sememangnya ini kisah thriller penuh debaran. Diselit banyak nasihat-nasihat insani… agar manusia jadi lebih simpati dan empati. Bukan semata melihat keputusan akademik.
Siapa sangka tawaran biasiswa membutakan niat dan mematikan hati? Sehingga sanggup melakukan apa sahaja! Kawan menjadi lawan, diburu penuh kesumat. Ikuti siri Akademik Thriller penuh pengajaran!
Rasa tidak puas hati pada guru sehingga sanggup menculik. Namun sesuatu mengubah segalanya. Kisah thriller komedi ini amat menarik, paling penting… membawa mesej bahawa guru harus dihormati dan diletak pada taraf tertinggi.
Daus, Ajaque, Jojo, Amy dan Lebam digelar Senior Dajal. Membuli junior sesuka hati, mengerah tenaga tanpa simpati. Tanpa mereka sedari diri sendiri bakal menerima balasan yang perit dan menginsafkan betul-betul tatkala menghadapi SPM!
Seorang gadis pandai terlalu ditekan supaya belajar di rumah. Dibuli pula seorang pembuli di sekolah. Tekanan melampau membawa kepada peristiwa tragis. Novel ini mengingatkan kita agar prihatin kepada masalah emosi rakan-rakan sekitar.
Biadab, sudah sebati dengan diri si gadis. Memuja pula meja usang supaya pandai dalam pelajaran. Terlewatkah bertaubat jika menyekutukan Tuhan? Novel ini mengingatkan kita tentang hakikat tauhid sebenar – hanya pada Tuhan tempat meminta!
Remaja sering terpesona dengan CINTA. Cuma kenal di alam siber, tetapi sudah percaya? Oh, bahaya! Itulah yang disampaikan dalam buku ni, berhati-hati dengan jenayah siber. Menyesal nanti tidak berguna.
Kisah peringatan, bahawa makhluk halus itu ada dalam bentuk jin dan syaitan. Manusia yang berpegang pada ajaran Tuhan… pasti tidak terpesong akidah Islam. Susuk, ramalan nombor ekor dan kepercayaan tahyul mesti dijauhkan!
Perkhemahan Khas? Ia himpunan pelajar-pelajar nakal yang dipanggil di kem terpencil. Seram dan misteri bergabung. Pasti tertarik mahu baca kisah hingga ke penghujung. Ada 4 kisah lain juga… semuanya bertemakan pengalaman perkhemahan yang tersendiri.
BUKU LUAR adalah buku yang TIDAK diterbitkan oleh syarikat BLINK tetapi kami telah menyaring dan memastikan kualiti kandungannya terjaga dan sesuai citarasa keluarga dan budaya masyarakat Malaysia.
BUKU LUAR adalah buku yang TIDAK diterbitkan oleh syarikat BLINK tetapi kami telah menyaring dan memastikan kualiti kandungannya terjaga dan sesuai citarasa keluarga dan budaya masyarakat Malaysia.
BUKU MINI murah-murah. Ramai yang beli sebagai hadiah. Buku ini 30 mukasurat ke atas. Saiz comel, iaitu saiz A6. Rugi tak selit dalam tempahan.
Mahukan BUKU HADIAH? Jika beli banyak, tentu dapat hadiah. Cuba tanya ejen, bagaimana cara untuk dapat buku hadiah?
Mahukan BUKU HADIAH? Jika beli banyak, tentu dapat hadiah. Cuba tanya ejen, bagaimana cara untuk dapat buku hadiah?
Buku hadiah ini ada buku baru berharga RM12. Jika syarat pembelian dipatuhi maka buku hadiah akan diberikan oleh ejen.
Buku hadiah ini ada buku baru berharga RM12. Jika syarat pembelian dipatuhi maka buku hadiah akan diberikan oleh ejen.
Terima kasih kerana melihat hingga ke hujung katalog. Setiap bulan kami akan tambah buku baru. Setiap bulan juga ada promosi berlainan. Pastikan bertanya ejen setiap bulan.
Saya doakan semoga dipermudahkan urusan. Terima kasih kerana sudi membeli dari kami.